Bekas pemain kebangsaan Jepun, Keisuke Honda kini menyertai kelab divisyen 1 Lithuania, FK Suduva menurut pengumuman rasmi di laman YouTube miliknya pada hari selasa lepas.

Honda yang kini berusia 35 tahun sebelum ini berstatus ‘free agent’ (ejen bebas) selepas meninggalkan kelab Azerbaijan, Neftci Baku pada bulan Jun lalu dengan kontrak selama 2 bulan sahaja.

Beliau juga sempat menyertai kelab Liga Portugal, Portimonense SC selama 5 hari sebelum kelab itu mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya kerana mempunyai masalah untuk mendaftar pemain itu.

FK Suduva merupakan kelab yang ke 11 disertai oleh Honda dalam karier bola sepaknya selepas Nagoya Grampus, Botafogo FC, Portimonense SC, Vitesse, VVV-Venlo, CSKA Moscow, AC Milan, CF Pachuca dan Melbourne Victory.

Walaupun karier bola sepak menghampiri penghujungnya, namun Honda juga mempunyai kerja kedua sebagai Pengurus skuad kebangsaan Kemboja.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Piala Dunia Futsal: Iran Cemerlang Melangkah Ke Pusingan 16

Syahrian Abimanyu Pemain Indonesia Pertama Juarai Liga Super

Kelab India, East Bengal Tamatkan Kontrak Robbie Fowler