Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang beraksi dalam saingan Liga Brazil apabila beliau sah menyertai Botafogo.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Botafogo menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab dimana pemain yang turut menggalas tugas sebagai pengendali skuad kebangsaan Kemboja itu menandatangani kontrak selama enam bulan.

Botafogo dikhabarkan bersetuju dengan syarat yang diajukan oleh Honda dimana pemain itu meminta kereta berperisai sepanjang berada di Rio De Janeiro memandangkan Rio merupakan salah satu kota yang berbahaya di dunia.

Rio mempunyai catatan buruk dimana purata kematian berada pada paras bahaya dimana menurut catatan semasa, secara purata 39 orang maut untuk setiap 100 ribu penduduk.

Honda bergelar ejen bebas setelah beliau berpisah dengan kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem hanya selepas empat setengah bulan menyertai kelab tersebut.

Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda yang telah kami sediakan di sini:

Botafogo Berminat Dapatkan Khidmat Keisuke Honda

Keisuke Honda Mahu Tubuhkan Sebuah Kelab Amatur

Kaki Jersi Sah Tandatangan Penajaan Jersi Kelab Bola Sepak Milik Honda Keisuke Selama 1 Musim