Lagenda pasukan kebangsaan Jepun, Keisuke Honda menyatakan komitmen beliau untuk terus beraksi bersama kelab Brazil, Botafogo, tegaskan tiada rancangan untuk meninggalkan pasukan itu.

Honda berkata demikian menerusi laman media sosial Twitter miliknya dan bekas pemain AC Milan itu menegaskan tumpuan sepenuhnya kini terarah kepada Botafogo.

“Sukan Olimpik ditunda sehingga tahun hadapan. Jadi tiada masalah. Kini saya boleh memberikan sepenuhnya fokus untuk beraksi bersama anda (Botafogo),” kata Keisuke Honda.

Honda menyertai Botafogo pada bulan lalu dimana beliau menandatangani kontrak selama 11 bulan dengan pilihan untuk meninggalkan pasukan pada Ogos ini.

Ejen Honda, Marcos Leite memberitahu pemain berusia 33 tahun itu kini sedang menikmati kehidupan di Rio De Janeiro, bahkan beliau mengambil kelas bahasa Portugal.

Keisuke
Aksi Honda bersama Vitesse Arnhem. Sumber Gambar: www.ed.nl

“Honda ketika ini hanya berlatih di rumah tetapi beliau gembira bersama Botafogo. Dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali ke Jepun dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Honda menjaringkan gol dalam saingan Campeonato Carioca 2020 sekaligus mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang mencipta jaringan di lima benua berbeza.

Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda di sini:

Keisuke Honda Lakar Sejarah, Jadi Pemain Pertama Cipta Jaringan Di 5 Benua Berbeza

Tonton Video Ribuan Penyokong Botafogo Serbu Keisuke Honda Di Lapangan Terbang Rio De Janeiro

Keisuke Honda Mahu Tubuhkan Sebuah Kelab Amatur