Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mahu menubuhkan sebuah kelab amatur yang berpusat di ibu kota negara matahari terbit itu iaitu Tokyo.

Honda yang juga ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kemboja mahu mendaftarkan kelab tersebut dengan nama One Tokyo, dimana kelab tersebut akan beraksi dalam saingan divisyen empat Tokyo Shakaijin Soccer League. Kelab tersebut telahpun memilih seramai 110 pemain daripada 530 permohonan yang dihantar kepada kelab.

“Ada dua tujuan kenapa saya mahu menubuhkan kelab di Tokyo. Yang pertama, saya mahu menubuhkan kelab yang boleh memberi pengaruh kepada dunia luar. Yang kedua, saya mahu menubuhkan kelab ini bersama semua lapisan masyarakat,” kata Honda dipetik daripada laman web rasmi pasukan.

Keisuke Honda
Keisuke Honda

Keisuke Honda merupakan salah satu pemain yang dianggap lagenda bola sepak Jepun dimana beliau pernah beraksi di tiga temasya Piala Dunia serta pernah beraksi bersama beberapa kelab terkemuka Eropah seperti AC Milan dan CSKA Moskow.

Sebelum ini, keluarga Honda merupakan pemilik saham dalam kelab Austria, SV Horn dengan pegangan sebanyak 49% namun terpaksa mengundurkan diri kerana masalah kewangan musim lalu.

“Satu keputusan yang sangat sukar untuk menarik diri. Tetapi banyak yang saya belajar daripada kesilapan lalu,” tambah Honda.

Bagi kelab yang baru sahaja ditubuhkan itu, Honda yang baru-baru ini berpisah dengan kelab Eredivise, Vitesse Arnhem didaftarkan sebagai pemilik kelab.

Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda di sini:

Kaki Jersi Sah Tandatangan Penajaan Jersi Kelab Bola Sepak Milik Honda Keisuke Selama 1 Musim

Keisuke Honda Tinggalkan Kelab Eredivisie, Vitesse Arnhem

Soltilo Familia, Sekolah Bola Sepak Milik Honda Keisuke Menang Anugerah Football Heroes