Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda melakar sejarah apabila beliau menjadi pemain pertama yang mencipta jaringan di lima benua berbeza.

Awal tahun ini, Honda menyertai kelab Brazil, Botafogo dan beliau baru-baru ini menjaringkan gol pertamanya menerusi sepakan penalti ketika perlawanan Campeonato Carioca antara Botafogo menentang Bangu yang berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Sebelum ini, Honda telah menjaringkan gol ketika beliau beraksi di Jepun bersama Nagoya Grampus dan Australia bersama Melbourne Victory. Selain itu, pemain berusia 33 tahun ini juga pernah menjaringkan gol di Eropah ketika menyarung jersi AC Milan dan CSKA Moscow selain menjaringkan gol di Amerika Utara (Pachuca) dan kini Amerika Selatan (Botafogo).

Keisuke
Sumber Gambar: Transfermarkt

Satu-satunya benua yang belum dijelajah oleh Honda ialah benua Afrika dimana beliau hanya menjaringkan gol ketika beraksi bersama Jepun dalam temasya Piala Dunia dan bukan bersama kelab di benua itu.

Walau bagaimanapun, Keisuke Honda terpaksa menunggu untuk menjaringkan gol dalam saingan Serie A Brazil dimana badan induk bola sepak negara itu memutuskan untuk menunda saingan liga domestik kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda di sini:

Tonton Video Ribuan Penyokong Botafogo Serbu Keisuke Honda Di Lapangan Terbang Rio De Janeiro

Keisuke Honda Sah Sertai Kelab Liga Brazil, Botafogo

Keisuke Honda Mahu Tubuhkan Sebuah Kelab Amatur