Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah Botafogo, Keisuke Honda menyeru agar kerajaan Brazil tidak terburu-buru untuk menyambung kembali saingan bola sepak di negara itu.

Honda berkata demikian ekoran beberapa kelab telahpun kembali menjalani sesi latihan. Menurut Honda, kesihatan perlu diutamakan berbanding perkara lain.

Brazil

Sumber Gambar: Transfermarkt

“Kesihatan perlu diutamakan manakala ekonomi pula boleh diletakkan di tempat kedua. Di sini belum sampai di kemuncak namun bola sepak dilihat kembali bersambung.

“Saya mahu beraksi tetapi pada masa yang sama kita perlu berhati-hati,” kata Honda.

Brazil menduduki tempat kedua dalam senarai jangkitan Coronavirus (COVID-19) di belakang Amerika Syarikat dengan lebih 700 ribu jangkitan dan 38 ribu kematian telah dicatatkan.

Pandemik tersebut dilihat semakin menggila dengan 380 kematian dicatatkan di bandar terkenal negara itu, Sao Paolo pada Selasa lalu.

Brazil

Sumber Gambar: Transfermarkt

“Jumlah jangkitan semakin meningkat dan saya merasakan kita tidak perlu bersikap optimis mengenai bola sepak. Kita perlu bekerja keras bagi memastikan jangkitan dapat dihentikan,” kata Honda.

Saingan bola sepak di Brazil dihentikan pada pertengahan Mac lalu dan sehingga kini masih belum jelas mengenai tarikh untuk kembali disambung.

Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda di sini:

Keisuke Honda Adakan Kelas Latihan “Online”, Mahu Sumbang Sebahagian Daripada Kutipan Yang Diperoleh

Keisuke Honda Lakar Sejarah, Jadi Pemain Pertama Cipta Jaringan Di 5 Benua Berbeza

Tonton Video Ribuan Penyokong Botafogo Serbu Keisuke Honda Di Lapangan Terbang Rio De Janeiro

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group