Pengurus besar skuad kebangsaan Kemboja, Keisuke Honda bakal mengendalikan skuad B-23 tahun negara itu yang bakal beraksi di kejohanan AFF B-23 tahun yang akan bermula pada 14 hingga 26 Februari di laman sendiri.

Perkara ini diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) dimana Honda bakal meneruskan tugas selepas membimbing skuad senior beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang tamat pada awal Januari lalu.

Dalam senarai awal, Honda memanggil seramai 74 pemain dari beberapa kelab yang beraksi di divisyen pertama, divisyen kedua serta kelab yang beraksi di peringkat daerah. Senarai pemain akan dikecilkan kepada 28 pemain setelah ketua jurulatih, Ryu Hirose dan staf kejurulatihan menjalankan sesi pemilihan dari 2 hingga 4 Februari.

Senarai akhir yang akan membawa cabaran tuan rumah dalam saingan edisi kali ini akan diumumkan sebelum sepak mula kejohanan iaitu pada 14 Februari.

Kemboja diundi dalam kumpulan A bersama Brunei Darussalam, Timor Leste dan Filipina. Kumpulan B diisi oleh Laos, Myanmar, Malaysia dan juara bertahan, Indonesia manakala kumpulan C diisi oleh Vietnam, Thailand dan Singapura.

Dua stadium dipilih sebagai venue perlawanan dimana Prince Stadium dan Stadium Nasional Morodok Teko yang kedua-duanya terletak di Phnom Penh dipilih sebagai venue bagi kejohanan kali ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Bambang Akui Berat Hati Lepaskan Pemain Persija Sertai Kem B-23 Indonesia

Thailand Hantar Skuad B-19 Tahun Hadapi Saingan AFF B-23

Kelayakan Piala Dunia 2022: Vietnam Akhirnya Berjaya Kutip 3 Mata Penuh