Pengurus skuad Kemboja B-23 tahun, Keisuke Honda menganggap beraksi dalam temasya Sukan SEA bukanlah satu perkara mudah meskipun pasukannya membuka tirai saingan kumpulan dengan kemenangan besar.

Kemboja berjaya menewaskan Laos dengan keputusan 4-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Nam Dinh semalam dan kemenangan tersebut meletakkan pasukan itu menghuni tangga kedua dalam kumpulan B dibelakang Thailand.

Empat gol Kemboja dijaringkan oleh ketua pasukan, Seing Chanthea dan Sa Ty pada separuh masa pertama sebelum KY Rina dan Im Somoun menjaringkan dua lagi gol bagi memberikan kemenangan pertama pada aksi pembukaan dalam temasya kali ini.

Meskipun mencatat kemenangan besar, namun Keisuke Honda seolah-olah masih belum berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pasukannya dan menganggap bukan satu perkara mudah beraksi dalam temasya Sukan SEA walaupun pernah berdepan dengan pasukan yang berada dalam satu kumpulan bersama Kemboja sebelum ini.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan B melibatkan Thailand yang berjaya menewaskan Singapura dengan keputusan 5-0 dimana gol skuad Gajah Perang dijaringkan oleh Ben Davis, Ekanit Panya, Korawich Tasa dan gol sendiri pemain lawan iaitu Harhys Stewart.

Pada perlawanan seterusnya yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini, Kemboja akan turun menentang Singapura manakala Malaysia akan turun berdepan Laos. Kedua-dua pasukan mencari kemenangan untuk berada di puncah kumpulan B.

Baca artikel lain mengenai temasya Sukan SEA 2021 di sini:

Azam Azmi Dan Hairiey Hakim Tidak Akan Diturunkan Menentang Laos

Intip Aksi Myanmar Menentang Timor Leste, Park Hang-seo Terima Teguran

Sukan SEA 2021: Madam Pang Bakal Berikan Bonus Jika Thailand Menang Pingat Emas