Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mengambil inisiatif tersendiri untuk membantu bagi memerangi penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Honda mahu mengadakan kelas latihan atas talian dan akan mengenakan bayaran sebanyak 1,100 Yen atau RM45 dan akan menyumbangkan sebahagian daripada kutipan yang diperoleh kepada badan yang memerlukan.

Inisiatif yang diambil Honda ini mendapat sambutan daripada pemain Jepun lain yang beraksi di Eropah. Antara pemain yang berminat untuk menyertai kelas atas talian yang diadakan oleh Honda ialah Yoshinori Muto.

Honda menyambut baik hasrat Yoshinori yang beraksi bersama Newcastle United dan mempelawa pemain itu untuk menyertai kelas beliau.

Selain Keisuke Honda, beberapa pemain ternama di Eropah seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo turut menyampaikan sumbangan bagi memerangi penularan wabak COVID-19.

Baca artikel lain mengenai Keisuke Honda yang telah kami sediakan di sini:

Keisuke Honda Nyatakan Beliau Komited Untuk Terus Beraksi Bersama Botafogo

Keisuke Honda Lakar Sejarah, Jadi Pemain Pertama Cipta Jaringan Di 5 Benua Berbeza

Tonton Video Ribuan Penyokong Botafogo Serbu Keisuke Honda Di Lapangan Terbang Rio De Janeiro