Hat-trick heroe Vissel Kobe ketika membelasah Johor Darul Ta’zim pada perlawanan AFC Champions League (ACL) 2020 semalam, Keijiro Ogawa berazam untuk terus menampilkan persembahan terbaik sekaligus membawa kelabnya menjadi jaguh di rantau Asia.

Keijiro mencuri tumpuan apabila beliau mencipta gandingan mantap bersama ketua pasukan Kobe, Andres Iniesta yang menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan tiga gol ke gawang yang dikawal oleh Farizal Marlias.

Meskipun menjaringkan hatrik, namun Keijiro tidak mahu cepat berpuas hati dan beliau menegaskan masih banyak yang boleh dipertingkatkan pada perlawanan akan datang.

“Saya berjaya mengekalkan fokus pada peringkat awal dan beraksi sepertimana yang dimahukan oleh pasukan. Saya gembira dapat menjaringkan hatrik pada perlawanan pertama.

“Akan tetapi, perjuangan kami baru sahaja bermula. Sasarannya ialah menjadi pasukan nombor satu di Asia jadi saya perlu lebih fokus pada perlawanan akan datang,” kata Keijiro Ogawa.

Jaringan hatrik Keijiro membantu Vissel Kobe menewaskan Johor Darul Ta’zim dengan keputusan 5-1. Dua lagi gol Kobe dijaringkan oleh Kyogo Furuhashi dan Douglas manakala gol tunggal juara Liga Super 2019 itu dijaringkan oleh Safawi Rasid menerusi sepakan penalti.

Kobe selepas ini akan menghadapi Suwon Samsung Bluewings pada perlawanan minggu kedua manakala JDT tidak akan beraksi ekoran keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menangguhkan perlawanan mereka menentang Guangzhou Evegrande kerana isu penyebaran virus korona.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara JDT menentang Vissel Kobe di sini:

ACL 2020: Andres Iniesta Gembira Vissel Kobe Bermula Dengan Langkah Kanan

ACL 2020: Hantaran Maut Andres Iniesta Bantu Vissel Kobe Berpesta Gol Belasah JDT

TMJ Akui Vissel Kobe Berada Di Kelas Yang Tersendiri