Ketua jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh menegaskan pemain sayap pasukan, Mohamadou Sumareh sudah tidak lagi bersama skuad Tok Gajah sekaligus menyebabkan persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2020 terjejas.

Dollah berkata Sumareh menghilang sejak sebulan yang lalu dan kelibat beliau turut tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan. Bekas pengendali skuad kebangsaan itu akan berjumpa dengan pihak pengurusan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat mengenai kehilangan Sumareh.

Mohamadou Sumareh
Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dicabar Tristan Do. Sumber Gambar: Changsuek

Kehilangan Sumareh ini lantas mencetuskan tanda tanya khususnya di kalangan peminat bola sepak tanah air sama ada kekal bersama Pahang atau berhijrah ke pasukan lain. Pemain naturalisasi pertama negara itu sebelumnya dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Apabila Safawi mendapat tawaran dari kelab Portugal iaitu Portimonense, berkemungkinan besar Sumareh akan berhijrah ke JDT bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Safawi, sekiranya pemain itu menerima tawaran Portimonense.

Selain JDT, satu lagi pasukan yang dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat Sumareh ialah Selangor. Namun, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sendiri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal?

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?

“Kelab ‘Monitor’ Pemain Kami Dan Offer, Bukan Guna Atau Suruh Kroni Tun Ambil. Tolong Jangan Samakan.” – TMJ