Ketika ramai penyokong skuad bola sepak negara teruja dengan kehadiran Wan Kuzri dalam sesi latihan pertamanya bersama skuad Malaysia B19 semalam, kehadiran Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal telah mengundang beberapa reaksi serta persepsi dari pelbagai pihak.

Dalam kemaskini laman sosial beliau semalam, kehadirannya digambarkan sebagai untuk memberikan dorongan kepada adiknya, Wan Kuzri serta pemain lain untuk bersaing secara sihat untuk merebut tempat dalam skuad Brad Maloney itu.

Tidak dinafikan niat Wan Fayhsal itu adalah baik, namun ia juga telah mencetuskan persepsi kurang baik bukan sahaja untuk golongan marhaen malahan kepada beberapa pihak lain diperingkat lebih tinggi.

Menurut YouthFootball Malaysia, 3 pandangan mereka mengenai lawatan Wan Fayhsal ini adalah seperti berikut;

  1. Lawatan sebegini mungkin akan memberikan satu persepsi bias dalam proses pemilihan pemain kerana kedudukan jawatan beliau mampu untuk mempengaruhi keputusan FAM di Kementerian Belia & Sukan (KBS). Wujud situasi ‘conflict of interest‘.
  2. Sebarang gangguan ketika latihan pusat walaupun tidak lama untuk bertegur sapa, bersalaman dan bercakap-cakap adalah a BIG NO.
  3. FAM juga perlu mengawal publisiti yang diberikan untuk sebarang latihan pusat. Di eropah misalnya, latihan sebegini amat tertutup kerana mungkin ada pihak lawan yang sedang memerhatikan pemain dalam skuad.

Perkara ini juga telah mendapat reaksi balas dari Wan Kamal sendiri yang mengatakan mahu Wan Kuzri lebih memberikan fokus kepada cabaran yang menanti berbanding perkara-perkara yang boleh menjejaskan tujuan asal pemain itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Baca Bagaimana Kelab Divisyen 6 Jepun Ini Raih ‘Crowdfunding’ Berjumlah RM200,000 Dalam Masa 3 Hari Sahaja

Kashima Antlers Buka Tempahan Pakej ‘Matchday’ Paling Mahal, Jemput Penyokong Ke Stadium Naik Helikopter

Calon Pemain Kacukan Terbaru Vietnam Ini Sah Akan Beraksi Dalam Saingan UEFA Europa League 2020/2021