Pemain-pemain menjadi antara yang paling gembira apabila mendengar pengumuman kebenaran peminat dibenarkan hadir ke stadium untuk menonton perlawanan saingan Liga Malaysia yang bermula 1 April ini.

Bagi mereka, segala perlawanan yang dilalui sejak Ogos tahun lalu umpama tiada seri tanpa kehadiran penonton dan langkah ini pasti menghangatkan kembali suasana saingan Liga Malaysia.

Bagi penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat, dia yakin sambutan peminat kali ini pasti luar biasa kerana telah lama mereka semua menanti ruang untuk hadir ke stadium.

“Berita ini sememangnya perkara menggembirakan untuk semua pemain di luar sana kerana peminat pun asyik tanya kepada saya, bila mereka dapat turun ke stadium untuk berikan sokongan.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana boleh bagi kelonggaran walaupun dengan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ketat.

“Sememangnya satu keadaan yang luar biasa bermain bola sepak tanpa penyokong malah situasi ini dialami di seluruh dunia, jadi apabila penyokong kembali, saya rasa ini akan beri satu kepuasan serta motivasi kepada pemain-pemain, “katanya kepada MFL.

Dalam masa sama, Khairul Fahmi turut mengharapkan semua penyokong tidak melanggar SOP yang ditetapkan demi memastikan peluang telah diberikan, tidak ditarik kembali oleh pihak kerajaan.

“Pesanan saya bukan sahaja kepada penyokong Melaka tetapi kepada semua penyokong di luar sana, janganlah bila kerajaan sudah beri kelonggaran ini maka kita tidak ikuti SOP yang telah diarahkan.

“Jangan sia-siakan peluang ini walau seketat mana SOP yang diberikan dan bagi tempoh percubaan dalam dua perlawanan nanti, saya harap penyokong-penyokong mampu tunjukkan disiplin agar semua perlawanan boleh mendapat kebenaran yang sama, ” katanya.

Manakala pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan, mengakui kehadiran penyokong akan membuatkan pemain lebih bersemangat dalam memberikan aksi yang lebih baik di atas padang.

Hasrat
Sumber Gambar: KL Hawks

Sebagai pemain yang sudah lama merasai kemeriahan di stadium dengan kehadiran penyokong, Akram berharap situasi yang dilalui selama tempoh satu tahun ini tidak akan berulang lagi pada masa depan.

“Sebelum ini perlawanan agak sunyi, hanya mendengar suara bising jurulatih dan pemain dan saya merindukan suasana perlawanan yang lama iaitu perasaan gemuruh sepanjang perlawanan apabila ada penyokong.

“Saya sendiri tidak sabar sebenarnya menanti perlawanan dengan Sabah dan teruja kerana dekat setahun penyokong tidak ada di stadium.

“Memang kami amat rindu kemeriahan penyokong ada kalanya kami macam syok sendiri sahaja bila kami mendapatkan kemenangan atau meraikan jaringan.

“Bila ada penyokong, sudah pasti semangat itu berbeza dan kami boleh raikan bersama-sama dengan mereka, ini boleh mengundang satu kepuasan tersendiri kepada kami tiap kali meraih kejayaan,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

JDT Lancar Kelab Hoki Ais Bertanding Dalam Liga Domestik

Sarawak United Kekalkan Rekod Tanpa Bolos, Elavarasan Puji Aksi Taylor Regan

Jumlah Tontonan Liga Super Malaysia LS3 Lebih 3 Juta, 2 Minggu Berturut-Turut Rekodkan Purata Lebih Setengah Juta

Pengadil Gagal Kesan Simulasi Pemain PJ City Digantung 2 Minggu, 3 Pemain Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Statistik Ringkas Perlawanan Kedua Liga Super 2021

Aksi Bertenaga Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian