Kegagalan pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk melunaskan bayaran baki hak penyiaran memberi kesan terhadap pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia.

Perkara itu disuarakan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Asmirul Anuar Aris dimana beliau turut menegaskan MFL sepatutnya memaklumkan dengan lebih awal jika mereka tidak mampu untuk melunaskan hak penyiaran.

Kegagalan
Asmirul Anuar Aris. Sumber Gambar: KFA

“Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku lebih-lebih lagi apabila timbul pelbagai masalah, sekaligus yang menerima kesannya adalah pasukan negeri.

“Lebih baik beritahu awal tidak mampu untuk membuat pembayaran bukannya ketika pasukan sedang sibuk melakukan persiapan untuk membentuk pasukan.

“Situasi ini sememangnya menjejaskan persiapan skuad Helang Merah kerana kami sudah memasukkan peruntukan itu untuk digunakan bagi tujuan tertentu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

MFL gagal untuk melunaskan bayaran baki hak penyiaran kerana tidak meraih pendapatan hak penyiaran seperti dirancang untuk diagihkan kepada rakan kongsi.

Namun, badan itu masih berjaya mengagihkan pendapatan sebanyak RM1.5 juta kepada pasukan Liga Super dan RM500,000 kepada pasukan Liga Premier pada 15 Julai lalu.

Baca artikel lain mengenai MFL yang telah kami sediakan di sini:

MFL Sahkan Baki Kedua Hak Penyiaran Tidak Dapat Diagihkan

Pemegang Taruh Masih Percaya Dengan Kredibiliti MFL

MFL Umum Tarikh Sepak Mula Liga Malaysia Musim 2020