Kegagalan Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd untuk melunaskan tunggakan gaji bekas Pengarah Teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales menyebabkan pasukan Kelantan menerima hukuman potongan tiga mata dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dimana menurut beliau berdasarkan perjanjian awal syarikat terbabit bersetuju menyelesaikan beberapa tunggakan gaji bekas pemain dan bekas jurulatih mengikut tarikh yang ditetapkan oleh FIFA.

alfredo-gonzales-kelantan-110717
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Selepas KRW mengambil alih pada awal tahun ini, mereka bersetuju untuk membayar semua hutang yang ditanggung KAFA termasuklah tuntutan gaji Alfredo seperti yang diarahkan FIFA.

“Namun akibat kemelut gaji tertunggak melanda pasukan pada bulan Februari dan Mac, tuntutan gaji Alfredo yang sepatutnya dibayar juga turut tertunggak sehingga melebihi tarikh akhir,” kata Bibi menurut laporan Berita Harian.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata hukuman pemotongan mata dikenakan ke atas KAFA setelah persatuan tersebut gagal menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas pengarah teknikalnya itu.