Selepas isu gagal menyediakan dokumen sokongan perjalanan untuk pemain dan isu mengenai tiada menu daging babi di hotel penginapan, pasukan Vietnam kali ini mula mencari inisiatif untuk mengelakkan pemain-pemain mereka mati kutu di hotel penginapan sepanjang kempen Piala AFF 2020.

Menurut laporan salah sebuah portal sukan negara itu, pihak kedutaan Vietnam di Singapura dikatakan menghantar sebuah meja pingpong untuk kegunaan para pemain-pemain skuad Park Hang-seo.

Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu cara bagi membantu para pemain Vietnam untuk ‘lari’ seketika dari bola sepak bagi menenangkan perasaan dan memulihkan psikologi pemain dalam skuad itu.

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh portal Bongda365, selepas perlawanan bertemu Laos tamat, pihak kedutaan Vietnam di Singapura terus menghantar meja pingpong tersebut ke hotel penginapan pasukan.

Ini adalah perkara biasa bagi pemain-pemain pasukan kebangsaan Vietnam dimana mereka memang akan bermain pingpong, ketika berkumpul di kem latihan kebangsaan setiap kali dipanggil.

Bertindak atas keadaan semasa di Singapura yang agak terhad dari segi pergerakan dan sebagainya, pihak kedutaan negara itu cuba membantu para pemain untuk mengelakkan mereka mati kutu di hotel.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu akan berehat lama kira-kira 6 hari, menantikan perlawanan bertemu Malaysia pada 12 Disember nanti yang sangat dinantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta

Jurulatih Vietnam Dedahkan Pemain ‘Naik Muak’ Makan Ayam Dan Ikan, Mahu Daging Babi Dalam Menu Harian

Ini Reaksi Tan Cheng Hoe Mengenai Isu De Paula ‘Koyak’ Dan Baling Botol Air Dibangku Simpanan

Sumber