1 kemenangan dari 3 perlawanan terakhir selepas ranking FIFA diumumkan pada 25 Julai 2019, telah menyumbangkan pertambahan sebanyak 5.69 mata kepada pasukan kebangsaan Malaysia.

Berdasarkan pengamatan, dijangkakan ranking pasukan kebangsaan Malaysia akan meningkat 1 anak tangga dari kedudukan 159 ke 158 apabila FIFA mengumumkan secara rasmi kedudukan ranking pada 19 September 2019 nanti.

Impak Mata FIFA Ranking Berdasarkan Keputusan Perlawanan

Malaysia Kalah 0-1 Kepada Jordan (Persahabatan)

  • Mata FIFA Ranking Malaysia telah merosot sebanyak -1.503 mata.

Malaysia menang 3-2 Keatas Indonesia (WCQ/ACQ)

  • Sekiranya pasukan Malaysia menang keatas Indonesia, +12.507 mata akan diperolehi.

 Malaysia Tewas Kepada UAE

  • Manakala jika pasukan Malaysia tewas kepada UAE, mata FIFA Ranking Malaysia akan merosot sebanyak -5.31 mata menjadikan jumlah akhir kepada sekitar 1014.74 mata.

21 Ribu

Malaysia masih berpeluang untuk menambah mata FIFA Ranking dengan lebih banyak sebelum tamat tahun 2019 ini jika berjaya mengutip mata maksimum dalam 4 perlawanan selepas ini bertemu;

  • Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 (10 Oktober 2019)
  • Hong Kong dalam perlawanan persahabatan (15 Oktober 2019)
  • Thailand dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 (14 November 2019)
  • Indonesia kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 (19 November 2019)

Paling utama adalah Malaysia perlu mencatatkan kemenangan keatas Vietnam, Thailand dan Indonesia kerana magnitud perlawanan ini adalah 5 kali ganda lebih besar dari perlawanan persahabatan kelas A diluar kalendar FIFA dan 2.5 kali ganda lebih besar jika didalam kalendar FIFA.

Sama-sama kita memberikan sokongan yang padu kepada pasukan kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe bagi mencapau kedudukan ranking FIFA yang lebih baik lagi.

Lagi artikel FIFA Ranking Malaysia yang sedap dibaca.

Ketahui Impak Mata FIFA Ranking Perlawanan Persahabatan Malaysia Bertemu Jordan

Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bertemu UAE

2 KOMEN
  • Malaysia seharusnya bermain dgn tenang dari perhatian saya Malaysia dulu memang selalu gopah sekarang dah ok dari yang dulu saya akan malaysia boleh bermain ala² negara barat jangan bermain terlalu gopah kelak kabut

    • Saya yakin Malaysia boleh bermain ala² negara barat dan saya syorkan Malaysia bermain dgn cara tiki taka

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group