Hasrat skuad helang merah untuk beraksi di peringkat kumpulan AFC Champions League pada musim 2020 tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas 1-4 kepada kelab dari Korea Selatan, FC Seoul sebentar tadi.

Pada awal perlawanan, skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak itu berjaya memberi tentangan sengit dan penjaga gol, Shahril Shaari beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya penyerang lawan.

Namun, mereka akhirnya dihukum pada minit ke 35 apabila pemain pertahanan import, Renan Alves tertampan bola sekaligus menghadiahkan sepakan penalti kepada FC Seoul. Keputusan berubah kepada 1-0 sehingga separuh tamat separuh masa pertama dan Kedah terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Alves dilayangkan kad merah.

83056885_3038129242886199_4410675012034363392_o
FOTO: FA Kedah

Memasuki separuh masa kedua, Kedah gagal mempamerkan corak permainan sebenar dan FC Seoul lebih banyak menguasai perlawanan serta kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan pelawat.

4 minit kemudian, Stadium Piala Dunia Seoul sekali bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Park Dong Jin yang tidak dikawal ketat menanduk masuk bola hantaran Hwang Hyun Soo untuk menjadi kedudukan kepada 2-0.

Bagaimanapun, jaringan itu tidak mematahkan semangat Kedah untuk terus bangkit mencari jaringan pertama. Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan percuma mengelirukan Baddrol Bakhtiar yang gagal dikeluarkan Osmar Barba hingga tertanduk ke gawang sendiri menjadikan kedudukan kepada 1-2.

Namun begitu, kegembiraan pemain Kedah tidak bertahan lama apabila Osmar kembali menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma yang kencang pada minit ke-62.

83084540_3038129682886155_2061792809857318912_o
FOTO: FA Kedah

Kedah turut mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua pada mini 73 tetapi tandukan Kpah Sherman tersasar. Diminit akhir perlawanan, FC Seoul menambah satu lagi gol menerusi pemain dari Uzbekistan, Ikromjon Alibaev hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-92.

Dengan kemengan 4-1, FC Seoul mara ke peringkat kumpulan AFC Champions League dan akan berada dalam kumpulan E bersama Beijing Guoan, Chiangrai United dan Melbourne Victory (kelab Australia).

Lihat artikel lain mengenai perkembangan AFC Champions League pusingan play-off melalui pautan dibawah.

Buriram United Tumbang Kepada Shanghai SIPG, Gagal Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2020