Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menerima sebanyak 300 tiket tambahan bagi perlawanan Piala Sumbangsih 2020 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Shamsudin dimana jumlah tiket keseluruhan yang diperoleh oleh juara Piala FA 2019 itu adalah sebanyak 800 keping tiket.

Kedah
Sumber Gambar: MFL

“Saya dimaklumkan Kedah menerima tambahan 300 tiket lagi bagi penyokong kami menyaksikan perlawanan terbabit.

“Terima kasih kepada pengurusan JDT yang mempertimbangkan rayuan untuk memohon lebih banyak tiket bagi penyokong Kedah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

KFA sebelum ini meminta tambahan tiket sebanyak 500 keping tiket sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1000 tiket kerana permintaan tinggi daripada peminat setia pasukan.

Kedah
Stadium Sultan Ibrahim dilancarkan secara rasmi semalam. FOTO: JST

Namun, mengikut kategori yang telah ditetapkan, stadium yang bawah kapasiti penonton 20,000, tuan rumah boleh memberi tiket kepada pasukan pelawat hanya 300 tiket sahaja.

Selain itu, stadium yang berkapasiti 20,000 hingga 40,000, tuan rumah dibenarkan sediakan tiket kepada pasukan pelawat maksima 500 tiket dan kapasiti stadium baharu JDT adalah 35,000, jadi KFA mungkin berkemungkinan besar tidak dapat mendapat 1000 tiket seperti yang diminta sebelumnya.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Kedah di sini:

Jualan Tiket Piala Sumbangsih 2020 Melalui TicketHotline ‘SOLD OUT’ Dalam Masa 10 Minit?

CIMB Piala Sumbangsih 2020: Hanya 500 Tiket Sahaja Diperuntukkan Untuk Penyokong Kedah