Pasukan Kedah semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan pemain sayap Lubnan, Rabih Ataya sekaligus memperkuatkan jentera serangan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, kelibat Rabih dilihat di Stadium Darul Aman dan pemain UiTM FC itu dijangka akan melengkapkan perpindahan ke skuad bimbingan Aidil Sharin dalam masa terdekat.

Rabih Ataya dianggap sebagai salah satu pemain import terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini dimana beliau membantu pasukan UiTM menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, memiliki kutipan mata sama dengan pasukan Selangor iaitu 17 mata.

Pencapaian ini dianggap sebagai satu pencapaian terbaik UiTM FC dimana mereka baru satu musim beraksi di Liga Super setelah dinaikkan pangkat daripada saingan Liga Perdana.

Selain Rabih, Kedah dijangka bakal menandatangani beberapa pemain tempatan dimana pemain seperti Syazwan Zainon, Ariff Farhan dan Rodney Celvin juga dikaitkan dengan pasukan dari utara tanah air itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah di sini:

Aidil Sharin Harap Kedah Dapat Saingi JDT Rebut Piala Sumbangsih 2021

Kedah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Empat Pemain

Kedah Kekalkan Trio Import Bagi Hadapi Musim 2021