Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan Kedah dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan penjaga gol baharu bagi menggantikan kepada Azri Abdul Ghani yang menyertai Perak bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Kedah difahamkan telah menandatangani penjaga gol Terengganu FC, Ilham Amirullah sekaligus bakal memberikan saingan kepada Ifwat Akmal dan Shahril Sa’ari.

Ilham Amirullah beraksi bersama Terengganu sejak saingan musim 2019 dimana beliau menyertai pasukan dari Pantai Timur itu dari Negeri Sembilan.

Namun, Ilham tidak berjaya mendapat minit bermain yang mencukupi dalam dua musim bersama naib juara Piala Malaysia 2018 itu dimana musim ini, pengendali pasukan, Nafuzi Zain memutuskan untuk menurunkan penjaga gol muda, Muhammad Rahadiazli.

Ilham Amirullah

Sumber Gambar: Terengganu FC

Bagi Azri Abdul Ghani pula, bekas penjaga gol Felda United itu menampilkan prestasi cemerlang sejak saingan Liga Malaysia disambung setelah berehat panjang ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Namun, Azri memutuskan untuk meninggalkan Kedah yang akan beraksi di saingan Piala AFC musim hadapan untuk menyertai pasukan Perak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan

Shakir Hamzah Bakal Tandatangani Kontrak Dua Tahun Bersama Perak

Sabah FC Lantik Lucas Kalang Laeng Sebagai Pengendali Baharu

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group