Skuad Helang Merah memulakan aksi pramusim di Kemboja dengan langkah kanan selepas menewaskan naib juara Liga Kemboja 2019, Visakha FC dengan jaringan 1-0 semalam.

Jaringan tunggal daripada Zaquan Adha memastikan kemenangan berpihak kepada Kedah sekaligus meningkatkan moral pemain dalam persiapan menghadapi saingan kelayakan AFC Champions League 2020 menentang kelab Hong Kong, Tai Po FC pada 21 Januari ini.

Pengendali skuad itu, Aidil Sharin Sahak mahu pemainnya mengambil peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam 6 perlawanan persahabatan yang diaturkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Kita akan memberi peluang kepada semua pemain membuktikan keupayaan mereka.

“Begitu juga perlawanan seterusnya kita akan menggabungkan kombinasi berbeza dengan apa yang diturunkan ketika menentang Kelantan.

“Kita perlu membuat percubaan ‘trial and error’ bagi mendapatkan keserasian terbaik dan ia akan membuka peluang semua pemain mempamerkan keupayaan,” katanya.

Selepas ini, Kedah akan menentang Nagaworld FC pada 9 Januari 2020 Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh. Kemudian mereka akan menentang Boeung Ket FC di gelanggang yang sama pada 10 Januari.

Kedah turut akan menyertai kejohanan jemputan RSN Cup yang melibatkan pasukan Angkor Tiger FC dan Phnom Penh Crown FC yang bermula pada 12 hingga 14 Januari 2020 sebelum pulang ke tanah air.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.

Damian Yeo Beri Amaran Kepada Shukor Adan Berhubung Isu Tunggakan Gaji

Dua Pasukan Liga Super Dan Liga Premier Berada Dalam Bahaya

Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski Berminat Sertai Johor Darul Ta’zim