Skuad helang merah raih kejuaraan pertama pada tahun 2020 selepas dinobatkan sebagai juara Piala SMART RSN 2020 menewaskan juara Liga Kemboja 6 kali, Phnom Penh Crown FC dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium RSN semalam.

Kejohanan jemputan tiga penjuru itu turut melibatkan penyertaan daripada pasukan Angkor Tiger yang tewas 0-1 kepada Kedah sebelum ini.

Dua jaringan daripada Kipre Tchetche dan Hadin Azaman memastikan kemenangan berpihak kepada Kedah sekaligus meningkatkan moral pemain dalam persiapan menghadapi saingan kelayakan AFC Champions League 2020 menentang kelab Hong Kong, Wofoo Tai Po FC pada 21 Januari ini.

83142664_3007690685930055_5482841356130844672_o
FOTO: Kedah FA

Kedah yang melakukan persiapan pra musim di Kemboja sejak 6 Januari lalu mencatat 2 kemenangan dan satu kekalahan ke atas tiga pasukan Liga Kemboja dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

Skuad Lang Merah bermula dengan kemenangan ke atas naib juara Liga Kemboja 2019, Visakha FC 1-0 hasil jaringan Zaquan Adha pada 7 Januari lalu.

Mereka kemudian tewas kepada kelab yang menduduki tangga kedua liga Cambodia, Nagaworld FC pada 9 Januari dengan 2-3 melalui gol sumbangan Kipre Tchetche dan Hadin Azman.

Aksi ketiga pada Jumaat lalu menyaksikan Kedah kembali bangkit menewaskan Boeung Ket FC 4-1 hasil jaringan hatrik Kpah Sherman dan Zaquan Adha.\

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia musim 2020. 

Nor Hakim Hassan Alami Kecederaan ACL, Bakal Terlepas Aksi Musim 2020

Isu Tunggakan Gaji Melaka United Hampir Selesai

Jasazrin Jamaluddin Dilantik Sebagai Ketua Pasukan Felda United