Naib juara Liga Super musim 2020, Kedah bakal memberikan lebih banyak peluang kepada pemain muda bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana skuad bimbingan Aidil Sharin itu bakal mengecilkan bilangan pemain dari 30 pemain kepada 25 pemain6, sambil memberi penekanan kepada penggunaan pemain muda.

Setakat ini, Kedah telah melepaskan beberapa pemain antaranya Azri Abdul Ghani, N.Thanabalan, Asri Muhammad, Aliff Yusoff, Fiqrie Abdul Talib dan bekas ketua pasukan, Khairul Helmi Johari.

Pengurusan pasukan memutuskan untuk mengekalkan beberapa pemain senior antaranya Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali bagi membimbing pemain muda musim hadapan.

Seorang lagi pemain, Irfan Zakaria dilihat semakin hampir untuk meninggalkan pasukan dimana beliau mahu berada lebih dekat dengan keluarga yang kini tinggal di Kuala Lumpur, sekaligus memberi bayangan bakal menyertai pasukan dari Lembah Klang.

Meskipun bakal beraksi dalam saingan Piala AFC musim hadapan, Kedah mengambil langkah untuk melepaskan sebahagian besar pemain berpengalaman dan menggantikan dengan pemain muda dilihat berdasarkan keadaan ekonomi semasa pasukan.

Pandemik COVID-19 nyata memberi kesan besar dan skuad Hijau Kuning tidak mahu berbelanja terlalu besar sehingga menyebabkan mereka mengalami Isu kewangan seperti pertengahan musim 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

TMJ Beri Bayangan Bola Sepak Akan Kembali, Kehadiran Penonton 10% Dari Kapasiti Stadium

RASMI: Terengganu FC Umumkan Ketibaan Nik Akif Syahiran, ‘Modern Football’ Nafuzi Zain Sesuai Dengan Gaya Permainan

Shukor Adan Hampiri Rekod Dipegang V.Murugan