Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) merancang untuk membangunkan sebuah pusat latihan bola sepak bertaraf dunia dan diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Hasrat ini dinyatakan oleh penaung KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar dalam sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC semalam. Selain sebuah pusat latihan, ia juga bakal menjadi salah satu tarikan baru pelancongan di Kedah.

“Saya akan cuba membuat tanda aras untuk menjadikan training center Kedah ini bukan sekadar training center tetapi sebagai pusat tarikan tourist (pelancong) dari luar negara,” kata Mohd Daud Bakar.

Malah, pihaknya juga telah mengenalpasti lokasi pusat latihan rasmi KDA FC yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti padang latihan tertutup serta tiga padang terbuka yang menepati piawaian FIFA.

“Kita ada dua, tiga tapak tetapi kita bekerjasama dengan kerajaan negeri, insyaAllah apabila dapat tanah yang sesuai nanti kita akan lantik konsultan untuk buat rekaan 3D berdasarkan piawaian FIFA, kalau boleh, biarlah alang-alang buat, dapat FIFA punya endorsement,” katanya

FOTO: KDA FC

Bulan lepas, KDA FC telah mencapai persetujuan kerjasama dengan KXG Sports Analytics (dibawah pengurusan KDA 1924 Capital) sebagai Rakan Rasmi Hub Prestasi Sukan dan Perubatan KDA FC musim 2022.

Hub ini akan berpusat di pusat latihan tersebut bagi dimanfaatkan oleh semua pasukan dibawah naungan KDA FC.

Melalui kerjasama ini, KXG Sports Analytics akan menaja peralatan menjana dan merekod prestasi sukan seperti video analisa SPIIDEO, perisian pengekodan video Nac Sports, Aplikasi data sukan Instat, alat pengukur kesihatan Inbody 270, peralatan Magnetoteraphy dan Ultrasound serta Pemampatan Udara Rapid bagi proses pemulihan pemain dan beberapa gajet elektronik bagi kegunaan pasukan KDA FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022

Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku

Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”