Pasukan Kedah mahu mengadakan perlawanan pra musim di Singapura atau Kemboja sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini disahkan oleh pihak pengurusan pasukan iaitu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika mereka mengumumkan barisan pemain yang akan membawa cabaran pasukan pada musim 2020 pada semalam.

Menurut KFA, perlawanan pra musim tersebut bertujuan untuk menguji kemampuan pemain sedia ada yang akan beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 selain aksi Liga domestik.

“Perancangan lain seperti aksi kompetitif pra-musim 2020, selain dari perlawanan persahabatan tempatan, pihak pengurusan sedang merancang perlawanan ujian diluar negara seperti di Singapura atau Kemboja bagi menguji barisan pemain yang akan membawa cabaran pasukan
Kedah bagi menghadapi pusingan kelayaan Liga Juara-Juara AFC, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2020,” kata KFA.

Pada masa yang sama, KFA menegaskan kini mereka sedang mencari pemain dari rantau Asia bagi mengisi slot pemain Asia bagi mengharungi saingan musim hadapan.

Pada musim 2019, slot pemain Asia pasukan kedah diisi oleh Anmar Almubaraki sebelum digantikan oleh ketua pasukan skuad kebangsaan Kyrgyzstan, Edgar Bernhadt pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Kedah FA Akui Masih Dalam Proses Perbincangan Mengenai Penajaan Dari Qatar Airways, Proposal Pertama Ditolak

KFA Tidak Sambung Kontrak 10 Pemain, Kipre Tchetche Dan Kpah Sherman Sah Sertai Pasukan