Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) hari ini telah melancarkan Kit Jersi Ketiga Pasukan Kedah bagi menghadapi saingan Kelayakan Pusingan Kedua AFC Champions League (ACL) 2020 menentang kelab dari Hong Kong, Wofoo Tai Po FC pada 21 Januari 2020 di Stadium Darul Aman.

Menurut kenyataan daripada KFA, kit jersi bercorak kotak dengan berwarna asas putih dibahagian dasar serta disulam dengan corak berwarna asas logo KFA iaitu hijau, kuning dan merah.

Hanya penaja utama (Chenang Bay) dicetak di bahagian hadapan jersi sebagai memenuhi syarat AFC iaitu hanya penaja utama dibenarkan dicetak di atas jersi selain jenama pakaian sukan Lotto.

82337300_3013811615317962_8860772751489630208_o

Bagaimanapun, kit jersi HOME dan AWAY akan dilancarkan sebelum bermulanya Liga Malaysia 2020 pada 28 Februari nanti.

Kit jersi ketiga/AFC akan mula dijual di Stadium Sultan Abdul Halim bermula 19 Januari dengan penaja Lotto akan turut mengadakan aktiviti bersama peminat bermula jam 3:00 petang hingga 9:00 malam. Kit Jersi Ketiga ‘Player Issue’ dijual di pasaran dengan harga RM109.

Jika pasukan Kedah FA mampu menundukkan Wofoo Tai Po pada 21 Januari 2020 nanti, pasukan tempat ke-3 saingan K.League 1 iaitu FC Seoul akan menanti di pusingan play-off yang dijadualkan pada 28 Januari 2020 di Korea Selatan.

Kemenangan keatas FC Seoul juga bakal membolehkan Kedah FA mengiringi juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2020, sekaligus memberi pulangan mata AFC MA Ranking Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah melalui pautan dibawah.

Tiket Perlawanan Kelayakan AFC Champions League 2020, Kedah – Wofoo Tai Po FC Mula Dijual Tengah Hari Esok

Kedah Muncul Sebagai Juara Piala SMART RSN 2020 Selepas Menewaskan Phnom Penh Crown FC

Bukan Setakat Akhyar Rashid, Kedah FA Turut Mengambil Tindakan Terhadap JDT