Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Firdaus Ahmad menjelaskan pihaknya setakat ini belum tawarkan kontrak lanjutan kepada mana-mana pemain skuad Helang Merah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut laporan daripada New Straits Times, mereka merancang untuk mengurangkan kos operasi pasukan dan melakukan penstrukturan semula dari segi bayaran gaji.

“Kami baru sahaja menyelesaikan hutang tertunggak berjumlah RM3.8 juta. Kami sekarang sedang berbincang mengenai perancangan untuk musim depan.

“Perancangan kita adalah untuk menstruktur semula pasukan dan mengurangkan beberapa kos pengurusan pasukan (pengurangan gaji pemain), kerana kita tidak mahu berbelanja melebihi kemampuan kita,” kata Firdaus.

𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐉𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈"InsyaAllah Kedah sedang tonjolkan permainan yang baik sekarang, lagipun semua…

Posted by FA Kedah on Monday, November 2, 2020

Firdaus juga memberi bayangan beberapa pemain akan angkat kaki menyertai pasukan lain dan dijangka mengekalkan 70 atau 80 peratus pemain yang sedia ada.

“Kami akan kekalkan 70 atau 80 peratus pemain dalam skuad ini tetapi kami belum bercakap lagi dengan jurulatih dan pemain mengenai perkara ini. Ini kerana kita perlu semak semula kontrak pemain.

“Tambahan pula, kami ingin melihat apa yang dapat mereka sumbangkan di luar padang.

“Selain bermain bola sepak, kami ingin melihat apa yang dapat ditawarkan oleh pemain dari segi membantu dalam program tanggungjawab sosial, penjualan dan promosi,” tambahnya.

Malah, New Straits Times turut melaporkan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak belum menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun dan ia juga tidak dinafikan oleh Firdaus.

“Kedah bukan pasukan kaya. Kami tidak mampu menawarkan gaji tinggi kerana kami tidak mempunyai sumber pendapatan lain.

“Kami harus berbelanja dengan berhemah, tetapi kami juga ingin dia (Aidil) kekal,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Terengganu FC Mahu Jadi Pasukan Nombor Satu Negara

Perak Tidak Sambung Kontrak Antony Golec

6 Logo Terbaik Telah Terpilih Daripada 570 Penyertaan Cipta Logo Pasukan Pahang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group