Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) komited dalam usaha mereka untuk menggilap bakat pemain muda dengan memberi pendedahan kepada mereka di luar negara.

Sebelum ini, KFA menghantar empat pemain muda mereka iaitu Mohammad Fazrul Danel, Mohammad Asri, Aminuddin dan Mohamad Suhaimie menjalani sesi latihan bersama skuad bawah 23 tahun Cardiff City selama sebulan.

Kedah FA
Sumber Gambar: Kedah FA

Setiausaha Eksekutif KFA, Sharul Samsudin berkata, mereka mahu menghantar lebih ramai pemain muda Kedah ke luar negara. Antara kelab yang menjadi destinasi pilihan ialah Cardiff City atau kelab Australia, Perth Glory.

“Sebenarnya KFA ada dua program sejak 2015 dengan Cardiff City dan Perth Glory. Kita telah dua kali menghantar pemain ke kedua-dua kelab.

“Mungkin selepas ini ada lagi pemain Piala Belia atau bawah 17 tahun akan dihantar ke salah satu daripada kelab tersebut,” katanya menurut laporan Utusan.

kedah
Sumber Gambar: Sukan
kedah_cardiff-3
Sumber Gambar: Bola Daily

Inisiatif yang dilaksanakan oleh KFA ini wajar diberikan pujian kerana sudah terbukti beberapa pemain muda berjaya meningkatkan kualiti tahap permainan setelah diberi pendedahan di luar negara.

Sebagai contoh Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan. Kedua-dua pemain dilihat menunjukkan peningkatan setelah beraksi bersama Vilaverdense di Portugal.