Pasukan Kedah dikhabarkan berjaya mengekalkan khidmat tiga pemain import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, tiga pemain import tersebut ialah duo serangan, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche dan pemain pertahanan, Renan Alves.

Setelah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pemain, pihak pengurusan akhirnya berjaya meyakinkan tiga pemain itu untuk kekal semusim lagi bersama naib juara Liga Super musim 2020 itu.

Sebelum ini, Kipre dikaitkan dengan pasukan Perak manakala Kpah pula dikaitkan dengan pasukan Selangor bagi menggantikan Ifedayo Olesegun. Namun perpanjangan kontrak ini menamatkan segala spekulasi mengenai masa depan kedua-dua pemain ini.

Selain mengekalkan tiga pemain import, Kedah turut berjaya mengekalkan khidmat ketua jurulatihnya pasukan, Aidil Sharin Sahak bagi saingan musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Aidil menerusi laman media sosial Instagram miliknya pada semalam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Lee Tuck Dan Sanjar Shaakhmedov Bakal Tinggalkan Terengganu?

Selangor Mahu Ambil Pemain Import Tiada Pengalaman Beraksi Di Malaysia

Liga Super Malaysia 2020 Catat Lebih 15 Juta Tontonan Hanya Untuk 7 ‘Matchday’ Sahaja Di Youtube

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group