Pasukan Kedah kehilangan khidmat dua pemain import iaitu Renan Alves dan Edgar Bernhadt pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman esok.

Pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak menegaskan dua Renan menjalani penggantungan perlawanan manakala Edgar pula mengalami kecederaan yang dijangka tidak sempat pulih menjelang perlawanan esok.

Kedah
Sumber Gambar: Kosmo

“Renan menerima kad kuning ketiga pada perlawanan menentang Terengganu Jumaat lalu dan tidak dapat beraksi manakala Edgar pula mengalami kecederaan kaki dan kini dalam proses pemulihan.

“Di sebalik kekurangan ini, pemain harus bangkit dengan lebih bersemangat dan berkeyakinan sebagai satu pasukan untuk memastikan perancangan memburu kemenangan di laman sendiri berjalan lancar.

“Dalam masa sama kami juga harus lebih waspada dengan kemenangan dua kali berturut-turut ditampilkan skuad Negeri Sembilan yang jelas memberi amaran mereka mampu melakukan kejutan kepada mana-mana pasukan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kedah
Sumber Gambar: Kedah FA

Pada masa yang sama, Aidil menegaskan pemain perlu menampilkan persembahan terbaik meskipun pasukan telah layak ke peringkat suku akhir.

“Walaupun memiliki keyakinan selepas meraih kemenangan ketiga dalam kumpulan, kami tetap akan waspada dan berhati-hati untuk berdepan Negeri Sembilan yang bangkit dua kali berturut-turut melakar kemenangan (3-2) ke atas Terengganu FC dan (3-1) PKNS FC,” katanya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Cardiff City Ucap Tahniah Kepada Kedah

Kedah Raih Kejuaraan Piala FA Kali Kelima