Juara Piala FA 2019, pasukan Kedah akan berangkat ke Kemboja bagi menjalani perlawanan pra musim sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia dan peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2020.

Ketua jurulatih pasukan, Aidil Sharin Sahak menegaskan skuad bimbingannya akan berkampung di Kemboja bermula 5 sehingga 14 Januari bagi membentuk keserasian yang lebih baik dalam kalangan pemain.

Kedah
Sumber Gambar: MFL

“Ia ruang meningkatkan tahap kecergasan, mengatasi dan mengenalpasti setiap aspek kelemahan pasukan sebelum berdepan saingan sebenar yang bermula 21 Januari.

“Beberapa perlawanan pramusim adalah persediaan penting untuk pemain meningkatkan tahap kefahaman berpasukan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Lima kelab terbaik di saingan Liga Kemboja dipilih oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi memastikan skuad Lang Merah mendapat pendedahan yang secukupnya dengan menentang pasukan terbaik.

Kedah akan memulakan aksi pramusim menentang Visakha FC pada 8 Januari di Stadium Olimpik Kemboja dan seterusnya berdepan Naga World FC diikuti Boeung Ket FC masing-masing pada 9 dan 10 Januari.

Dua perlawanan terakhir adalah menentang Angkor Tiger Football Club dan Phnom Penh Crown FC masing-masing pada 12 dan 14 Januari.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Liga Malaysia 2020: Amin Nazari Isi Kuota Pemain Import Asia Kedah

Azamuddin Akil Mahu Pamerkan Prestasi Terbaik Bersama Kedah Musim Hadapan

FC Seoul Menanti Pasukan Kedah FA Jika Layak Ke Saingan Play-Off AFC Champions League 2020