Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Noor merangkap Menteri Besar Kedah telah mengumumkan bahawa pasukan Kedah akan menggunakan nama Darulaman Football Club (DFC) bagi saingan musim akan datang.

Perkara itu telah didedahkan dalam satu sesi sidang media

“Secara formalitinya penswastaan ini hanya (atas) kertas sahaja, sokongan rakyat Kedah (sama) masih guna hijau kuning, lagu yang sama, tinggal lagi kita kena letak nama.

“Bila kita fikir-fikir (nama) Kedah Football Club akan jadi KFC, kita tak mahulah jadi ayam goreng. Kita nak elak daripada ayam goreng tu, kita gunakan nama Darulaman Football Club (DFC).”

Antara perkara lain yang disentuh dalam sidang media itu adalah berkenaan pemilikan kepada pasukan DFC itu dimana pada ketika ini ia adalah 100% milik Kedah FA dan beliau memaklumkan bahawa mereka terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membeli saham dalam pasukan Darulaman FC itu nanti.

“Setakat ini milik KFA, siapa berminat boleh datang untuk beli saham DFC ini.”

Paling mencuri perhatian selain nama Darulaman FC itu adalah berkaitan dengan logo baharu pasukan. Presiden KFA adalah ‘menayangkan’ logo baharu pasukan yang kelihatan hampir sama dengan logo yang telah tular dilaman sosial.

120435289_3954577101238581_8172916577053220527_n

Berdasarkan beberapa ciri yang dijelaskan oleh presiden KFA dalam video diatas, semua elemen yang disebut jelas menyamai apa yang ada dalam logo diatas, tetapi tidak dapat dipastikan samada ianya sama ataupun tidak.

Menurut beliau lagi logo tersebut adalah pilihannya dan sudah didaftarkan serta satu majlis akan diadakan tidak lama lagi bagi memperkenalkan logo dan nama pasukan secara rasmi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

4 Perlawanan Terkini Raih 3,648,654 Tontonan Di Platform Youtube, JDT Buktikan Miliki Daya Tarikan Unik

RTM Sports Akan Siarkan LIVE Perlawanan CIMB Liga Super JDT Bertemu Sabah Jumaat Ini

28 Musim Selepas Liga Bola Sepak Profesional Bermula, J.League Kini Ditayangkan Di 20 Buah Negara