Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris mengesahkan pihaknya telah memohon kuota 1,000 keping tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 28 Februari ini.

Menurut kenyataannya dalam Arena Metro, mereka masih menantikan jawapan daripada pihak JDT untuk meluluskan permohonan tersebut demi memenuhi hasrat penyokong Kedah untuk berkunjung ke Johor Bahru.

“Ramai yang teruja untuk turun ke gelanggang lawan bagi menyaksikan sendiri serta memberikan sokongan kepada pasukan negeri Kedah, apatah lagi pihak lawan bakal menggunakan stadium yang baru di bina.

“Namun apakan daya kami, sehingga kini Kedah FA masih lagi menanti maklum balas surat yang telah kami hantar kepada JDT manakala salinannya kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) belum lagi dibalas.

“Kedah hanya memohon 1,000 keping tiket buat penyokong Kedah.” katanya.

3c94dda472aa3e9a0ff02fe5f9caa4d55c26211eb683d
Asmirul Anuar Aris

Ketika ini terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan peruntukan hanya 500 tiket yang akan diberikan kepada Kedah namun ia dinafikan oleh Asmirul kerana KFA belum terima surat rasmi mengenai peruntukan tersebut.

Sejarah Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih cukup sinonim dengan skuad hijaukuning. Mana tidaknya Kedah pernah beraksi 7 kali bagi merebut piala tersebut.

Bermula musim 1991 dan menjuarai buat kali pertama pada tahun tersebut, pasukan Kedah merintis 6 lagi perlawanan sumbangsih pada musim 1994, 1997, 2008, 2009, 2017 dan 2018.

Dalam dua pertembungan terakhir Kedah dan JDT dalam aksi pembukaan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2017 dan 2018, masing-masing telah merangkul 1 kejuaraan.

Untuk rekod, Kedah telah merangkul 3 kali kejuaraan pada musim 1991, 1994 dan 2017.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Kedah melalui pautan dibawah.

Persaingan Sengit Bagi Rebut Posisi Penjaga Gol Nombor Satu Pasukan Kedah

Kedah Lancar Jersi ‘Home’ Dan ‘Away’ Musim 2020, Peminat Samakan Dengan Corak Buah Tembikai

Asmirul Anuar Nafi Kedah Ada Masalah Tunggakan Gaji Dua Bulan

Sumber