Saingan Liga Super kembali bersambung malam ini setelah direhatkan hampir 2 minggu untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan. Kedah Darul Aman (KDA FC) menentang Sri Pahang FC antara perlawanan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan malam ini.

Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Shahrin Sahak memberi amaran awal kepada anak buahnya agar tidak memandang rendah pada kemampuan Sri Pahang  walaupun lawan menghuni kedudukan tercorot dalam carta Liga Super.

Menurut Aidil, semua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super tetap berbahaya dan mempunyai peluang untuk mengutip 3 mata penuh.

“Kita tak boleh ambil mudah kerana bola sepak ini penentunya ialah tempoh 90 minit perlawanan. Kalau pasukan bermain dengan baik, baru kita boleh dapat keputusan yang baik jadi semuanya kena tunggu selepas habis perlawanan nanti.

“Saya masih belum lihat kedudukan Kedah dalam carta liga kerana masih terlalu awal lagi. Bagi saya, kedudukan carta itu hanya akan kekal selepas perlawanan terakhir pasukan, sekarang kami akan bermain dengan memfokuskan satu perlawanan dalam satu masa,” katanya dipetik dalam Bernama. 

165954813_170121948282497_170176232620956648_n
FOTO: KDA FC

Kedah dijangka akan beraksi tanpa tonggak pertahanan import, Renan Alves yang disisihkan sejak perlawanan pertama akibat kecederaan. Tahap kecergasan pemain turut diambil kira untuk menentukan kesebelasan utama.

“Kalau dia sihat sepenuhnya pun, jangan lupa sudah dua bulan dia tidak beraksi sebelum ini. Sudah tentu keadaan itu memberi kesan kepada aspek kecergasannya dan mungkin agak sukar untuk dia menampilkan aksi pada tahap terbaik dalam tempoh terdekat ini,” jelas Aidil dipetik dalam Utusan Malaysia.

Berdasarkan rekod pertemuan, KDA mencatat 19 kemenangan ke atas Pahang dan kali terakhir mereka bertemu dalam saingan Liga Super adalah pada 6 November 2020 dimana Pahang tewas 2-3 di Alor Star.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Penjaga Gol Utama Terengganu, Rahadiazli Disahkan Mengalami Kecederaan ACL

Natxo Insa Digantung Satu Perlawanan Dahulu Dan Baki Satu Lagi Perlawanan Tertakluk Kepada Kelakuan Baiknya

Subkhiddin Salleh: “Hukuman Terhadap Jack Hindle Sesuatu Yang Melucukan”