Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pasukan Kedah bakal dikenali dengan nama baharu dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila skuad Lang Merah kini dikenali sebagai Kedah Darul Aman FC.

Perkara ini diumumkan oleh YB Mohd Firdaus Ahmad, Exco kerajaan negeri Kedah yang juga merangkap Setiausaha Usaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Firdaus turut mengumumkan Kedah Darul Aman akan diuruskan oleh Darulaman FC Sdn Bhd.

“Berkenaan pemilik Kedah Darul Aman ini, KFA sebagai pemilik saham tunggal Darulaman Football Club Sdn. Bhd. telah bersetuju menjual saham kepada Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dengan pemilikan saham 80% oleh MBI dan selebihnya 20% akan dimiliki oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA),” katanya.

Pada masa yang sama, KDA turut melancarkan pertandingan mereka logo baharu pasukan dan pemenang akan mendapat RM5 Ribu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah di sini:

Aidil Sharin: Hati Saya 90 Peratus Bersama Kedah Musim Hadapan

Prestasi Kedah Kali Terakhir Beraksi Dalam Saingan Piala AFC

Aidil Sharin Beri Bayangan Kekal Bersama Kedah Musim Hadapan