Berikutan isu yang timbul didalam media sosial selepas pengumuman logo rasmi pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC semalam, pihak pengurusan tertinggi pasukan melalui Ketua Pegawai Eksekutif, En Khamal Idris Hj Ali mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Dipetik dari laman sosial rasmi pasukan KDA FC yang telah memuat naik kenyataan itu pagi ini, keputusan pemilihan telah dibuat oleh jawatankuasa pemilih serta undian secara atas talian oleh KFA merupakan satu usaha kolektif untuk rujukan pihak KDA FC membuat keputusan menentukan logo.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa, KDA FC selaku pemilik mutlak logo, berhak untuk membuat pindaan keatas logo pemenang mengikut kesesuaian imej bola sepak Kedah dan perkara ini telah dinyatakan oleh pihak KFA dalam terma dan syarat pertandingan.

Dalam perkara 4 kenyataan rasmi itu juga, pihak KDA FC berpandangan bahawa pemenang yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilih dan undian itu wajar diberikan hadiah seperti hasrat yang dinyatakan oleh pihak penaja bagi menghormati serta menghargai penat lelah pereka logo.

logo baru kedah

KDA FC juga memberitahu mereka akan memberikan hadiah kepada pereka logo yang telah terpilih sebagai logo rasmi pasukan.

Kenyataan penuh dari KDA FC boleh dibaca dalam lampiran yang disediakan diatas.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

JDT Umum Kerjasama Dengan UNICEF, Kini Sebaris Dengan Barcelona Dan Manchester United

LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”

Johor Darul Ta’zim Tandatangani Empat Pemain Hadapi Saingan Musim 2021