Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud al-Mardi dilaporkan telah pulang ke Jordan untuk menziarahi ayahnya yang sakit tenat.

Perkembangan itu dikongsikan oleh penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menerusi media sosial memaklumkan pemain kelahiran Aqaba Jordan itu terpaksa bergegas pulang awal pagi semalam.

“Saya mendapat berita sedih di awal pagi tadi (semalam) di mana ayahanda kepada pemain Kedah FC, Mahmood al-Mardi sedang sakit tenat di Jordan. Mahmood al-Mardi telah berlepas pulang ke Jordan sebagai menunaikan tanggungjawab seorang anak kepada ayahnya,” tulisnya.

Bagaimanapun, situasi itu tidak menjejaskan semangat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk membuat persiapan hadapi saingan separuh akhir Piala AFC zon Asean walaupun tanpa kelibat tonggak utama tersebut.

Mahmoud dijangka kembali menyertai sang kenari sebelum berlangsungnya saingan Piala AFC menentang kelab dari Indonesia, PSM Makassar FC di Bali, Indonesia pada 9 Ogos ini.

Ini merupakan peluang terbaik untuk Kedah lakar sejarah baharu mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon Asean selepas beraksi cemerlang di peringkat kumpulan sehingga muncul sebagai Juara Kumpulan G.

Kedah mara ke separuh akhir dengan penuh dramatik apabila kedudukan mereka dalam kumpulan ditentukan di perlawanan terakhir dengan hanya dipisahkan melalui perbezaan gol. Selain hattrick dihasilkan Mahmoud Al-Mardi di perlawanan penentuan tersebut, Ronald Ngah Wanja dan Mohamad Fayadh turut mencetak nama sebagai penjaring gol Sang Kenari.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Piala FA: 10 Buah Bas Penyokong Penang Menuju Ke Selatan Untuk Beri Sokongan Padu

Tiket ‘Online’ Separuh Akhir Piala FA Terengganu Menentang Selangor Habis Dijual

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka