Belum pun reda isu penswastaan Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC), timbul satu lagi masalah apabila pasukan itu dikatakan berdepan risiko tidak dapat beraksi dalam saingan AFC Cup musim ini.

Perkembangan itu dikongsikan oleh sebuah laman facebook rasmi kelab penyokong setia Kedah, HijauKuning.com (HKC) melalui sumber dalaman mereka.

Difahamkan KDA FC berdepan masalah tunggakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah jutaan ringgit yang masih belum dilangsaikan dalam tempoh masa ditetapkan.

“Menurut sumber juga, ia sememangnya menambah parah kedudukan pasukan apabila ada yang mendakwa masalah tunggakan gaji juga kembali berulang hingga menyebabkan kegusaran di kalangan pemain KDA FC,” kata kenyataan daripada HKC.

Mereka juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (CEO) dapat memberi penjelasan kepada para penyokong mengenai situasi semasa pasukan itu.

hkc

Salah satu kriteria perlesenan yang wajib dipenuhi oleh setiap pasukan yang menyertai pertandingan dibawah kelolaan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ialah kriteria kewangan.

Penyertaan Kedah dalam saingan AFC Cup mungkin boleh ditarik balik jika didapati melanggar salah satu peraturan kewangan dimana kelab tidak boleh mempunyai hutang tertunggak dengan pemain semasa atau bekas pemain, atau pihak berkuasa.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Kewangan bagi mencari kaedah terbaik situasi menang-menang menyelesaikan hutang tertunggak melibatkan gaji pemain Lang Merah bagi bulan April, Mei, Jun dan Julai tahun lepas.

Menurut kenyataan Presiden KFA, YB Muhammad Sanusi dalam sinar harian pada 4 Ogos 2020, punca masalah dana penajaan tertunggak sebelum ini adalah disebabkan oleh perlaksanaan tanggungjawab secara ’one man show’ dalam penajaan, pengurusan kewangan, penentuan gaji pemain dan pengurusan pasukan.

“Tindakan drastik penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan adalah bagi mengatasi beban hutang sejak September 2019, malah jumlah tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setakat ini adalah RM3.8 juta dan perlu diselesaikan segera,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

RASMI: Melaka United Umum Alex Gonçalves Dan Manuel Ott Sebagai Pemain Import Baharu

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang