Sean Dyche tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas Burnley tewas kepada Liverpool pada hari Ahad.

The Reds tidak berada pada prestasi terbaik mereka di Turf Moor dan terselamat beberapa kali daripada dibolosi oleh Burnley.

Pengurus Burnley, Sean Dyche gembira dengan persembahan pasukannya menentang anak buah Jurgen Klopp, tetapi kecewa kerana mempersiakan banyak peluang dalam kekalahan 1-0.

“Kecewa dengan yang itu. Saya fikir kami sangat bagus, bertahan dan menyerang,” katanya kepada wartawan.

“Terdapat tiga peluang terhidang pada hari ini menentang lawan yang besar, peluang terbaik [untuk menang] dalam perlawanan seperti hari ini.”

“Menentang Man [United], saya fikir kami cemerlang pada separuh masa kedua dan kami telah melakukannya sekali lagi hari ini.

“[Untuk gol Liverpool kami berada terlalu dalam ke bawah dalam kotak penalti dan kami tidak bertindak pantas untuk menghentikan tandukan.”

“[Tetapi] saya berkata kepada pemain pemain saya bahawa ia adalah etika kerja dan prestasi yang hebat. Saya fikir ada beberapa persembahan yang sangat bagus.

“Ia sesuatu yang mengecewakan kerana sepanjang musim ia adalah kes dengan cerita yang sama.”

“Kami mula mengubah tahap prestasi kami, kami perlu mengubahnya dengan jelas kerana sekali lagi ia adalah persembahan yang baik, kami telah mencipta peluang yang cukup untuk  memastikan kami akan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini, tetapi kami tidak mendapat apa-apa – pada akhirnya.”

“Itulah perkara pembunuh yang perlu diubah.”

“Sekali lagi kami telah bermain dengan sangat baik dan mencipta beberapa peluang keemasan namun tidak memanfaatkannya. Tetapi tahap prestasi kami sekali lagi sangat baik menentang pasukan bertaraf atasan hari ini.”

Seterusnya, Sean Dyche menganggap faktor penyokong di Turf Moore banyak membantu mereka.

“Saya rasa sorakan para peminat membantu, peminat sangat hebat,” katanya.

“Mereka memberikan peluang kepada pemain untuk menarik nafas dan bermain. Mereka menyokong para pemain tanpa ragu-ragu.”

“Itu faktor penting dan pemain pergi ke sana [padang] dengan keyakinan mereka boleh mara dan bermain, berani menguasai bola dan berani untuk mara dan menyukarkan permainan lawan.”