Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan menegaskan kecederaan yang dialami oleh Wan Zack Haikal tidak begitu serius dan beliau akan segera kembali memperkuatkan pasukan.

Wan Zack mengalami kecederaan hanya selepas 10 minit dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan kejohanan Asia Challenge Cup 2020 menentang Bangkok United di Stadium Shah Alam semalam.

Menurut Satia, kejadian yang menimpa Wan Zack merupakan satu perkara yang biasa berlaku apabila sesebuah pasukan mengharungi perlawanan pra musim, terutamanya beraksi dua perlawanan dalam tempoh masa dua hari.

Kecederaan
Sumber Gambar: FA Selangor

“Kecederaan Wan Zack seperti yang saya diberitahu oleh pegawai perubatan tidak begitu serius. Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan beliau.

“Pada perlawanan pra musim, perkara seperti ini akan berlaku terutamanya jika kita bermain dua perlawanan dalam dua hari. Kita perlu memberikan masa kepada beliau untuk pulih daripada kecederaan,” kata Satia pada sidang media selepas perlawanan.

Tambah bekas pengendali skuad kebangsaan itu, jika Wan Zack mengambil masa yang lama untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Kecederaan
Wan Zack Haikal bersama pasukan Selangor

“Kita masih mempunyai pemain lain seperti Khyril Muhymeen yang sudahpun mula menjalani latihan. Beliau mungkin akan mula beraksi pada minggu hadapan,” tambahnya.

Dalam kejohanan Asia Challenge Cup, Selangor muncul naib juara selepas tewas kepada Bangkok United menerusi penentuan sepakan penalti.

Poklaw Anan menyempurnakan sepakan penalti terakhir sekaligus memberikan kejuaraan untuk Bangkok United.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

FAS Utamakan Pemain Selangor II Bagi Gantikan Rufino Segovia Dan Nor Hakim Hassan

Nor Hakim Hassan Alami Kecederaan ACL, Bakal Terlepas Aksi Musim 2020

Satiananthan Ada Calon Pemain Baharu Ganti Tempat Nor Hakim Hassan