Pemain sayap negara, Safawi Rasid melalui detik cemas pada perlawanan Liga Super menentang UiTM FC minggu lalu dimana beliau mengalami kecederaan lutut dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-3.

Pada mulanya, ramai beranggapan Safawi mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) namun setelah pemeriksaan dijalankan kecederaan tersebut tidak serius seperti yang dijangka dan bekas pemain Portimonense itu akan berehat selama dua hingga ke tiga minggu.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Safawi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat terhadap beliau dan menegaskan kini berada dalam keadaan yang baik.

Pemain berusia 24 tahun itu turut menyatakan beliau tidak sabar untuk kembali beraksi di atas padang sekaligus membantu kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kecederaan lutut yang dialami Safawi turut menyisihkan beliau daripada kem latihan pusat yang akan diadakan dalam masa terdekat sebagai persiapan menjelang baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tempat Safawi dalam pasukan negara digantikan oleh rakan sepasukan beliau iaitu Ramadhan Saifullah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin

TMJ: “Safawi Bukan Cedera ACL Tetapi Kita Akan Main Di ACL”

Skuad Harimau Malaya Akan Berlatih Di Johor