Bintang Brazil, Neymar terpaksa memasuki bilik pembedahan seperti yang diarahkan oleh kelab.

Neymar mungkin baru sahaja bermain perlawanan terakhirnya untuk Paris Saint-Germain pada musim ini, beberapa minggu lalu.

Neymar menikmati musim yang luar biasa bersama PSG musim ini.

Pada Februari, pemain berusia 31 tahun itu terpaksa dikeluarkan ketika PSG menang 4-3 ke atas Lille selepas mengalami kecederaan buku lali yang kelihatan mengerikan.

Ianya kecederaan di bahagian yang sama dia alami ketika perlawanan awal Piala Dunia 2022 lalu. Dan dia cepat sembuh menjelang aksi kalah mati.

Dan kali ini kecederaannya membimbangkan kelab. Kerana ianya perlu untuk dibedah. Jika tidak, Neymar berpotensi mengalami kecederaan berulang di kawasan yang sama.

Christophe Galtier turut memberikan komen mengenai No.10 beliau. “Ini bukan nasib malang,” kata Galtier mengenai kecederaan Neymar.

“Selalu ada sebab untuk kecederaan – jadual, urutan permainan. Jadi ia tidak pernah menjadi perkara yang rawak. Dia sedang diperiksa untuk mengetahui tahap kecederaannya.”

Dan pada hari Isnin, PSG mengesahkan bahawa Neymar akan menjalani pembedahan dan kini akan diketepikan selama tiga hingga empat bulan.

Bermakna dia tidak akan beraksi lagi musim ini. Perlawanan terakhir PSG dalam Ligue One adalah pada 3 Jun, dengan perlawanan akhir Liga Juara-Juara akan berlangsung seminggu kemudian pada 10 Jun.

PSG berkata: “Neymar telah mengalami beberapa gejala ketidakstabilan di buku lali kanannya dan perlu menjalani pembedahan untuk mengelakkan risiko besar berulang.”

Bukan itu sahaja, peminat malah bimbang kalau itu merupakan perlawanan terakhir Neymar dengan PSG. Ini selepas kelab dijangka menyenaraikan dia sekali lagi dalam jendela perpindahan akan datang sebagai ‘untuk dijual’.

PSG berusaha mengurangkan beban gaji pemain dan perlu meraih pendapatan untuk membeli pemain baharu dan melanjutkan kontrak pemain lain termasuk Messi.

Salah satu caranya adalah dengan menjual pemain. Neymar antara nama yang PSG mahu letakkan dalam senarai itu.

PSG membayar yuran rekod dunia £198 juta untuk menandatanganinya pada 2017 tetapi dipercayai berpuas hati dengan menurunkan harganya antara £70 dan £80 juta.

Neymar telah bermain 173 kali untuk PSG, menjaringkan 118 kali dan memenangi empat kejuaraan Ligue One.