Roy Keane melakukan u-turn paling mengejutkan apabila dia menghamburkan pujian kepada Fred sebagai pemain yang menjadi idaman semua pengurus.

Aksi cemerlang Fred ketika membantu Man United mendapatkan 3 mata penuh selepas melepaskan 2 gol pada separuh masa kedua memang benar benar memberikan impak.

Roy Keane dikenali sebagai salah seorang pundit yang sangat kritis kepada Fred. Sebelum ini Roy Keane pernah menganggap Fred sebagai tidak cukup bagus untuk menjadi pemain Manchester United.

Malah Roy Keane pernah menyatakan dia mahu mencekik Ole Gunnar Solskjaer jika pengurus itu berterusan menurunkan Fred.

Ketika itu Keane berkata: “Jika OIe berada di dalam bilik ini sekarang, saya akan merentap kolarnya dan berkata ‘kenapa awak berterusan turunkan Fred?’.”

United menang 4-2 ke atas Leeds pada perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad. Fred masuk sebagai pemain gantian bersama Elanga dan kedua dua pemain itu menjaringkan gol.

Ralf Rangnick ternyata telah memberikan impak kepada prestasi Fred dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Dan perkara itu diakui sendiri oleh Roy Keane.

Keane malah sempat mencelah ketika hos menyatakan: “Fred telah dikritik sebelum ini.”

Keane terus menyampuk: “Ya oleh Robbie [Keane].”

Keane kemudian berkata:

“Akhirnya [Fred] layak mendapatnya [pujian]. Fred telah meningkatkan permainannya,  penyudah dan serangannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini,” kata Keane dalam analisisnya di Sky Sports.

“Mereka bekerja keras untuk itu tetapi Manchester United adalah pasukan yang lebih baik.”

Manchester United kini akan menumpukan kepada aksi Liga Juara Juara Eropah menentang Atletico Madrid. Satu satunya piala yang masih ada untuk mereka rebut.