Roy Keane akui menyampah atau meluat melihat tarian keraian gol pemain pemain Brazil yang menurutnya melampau.

Roy Keane adalah salah seorang daripada segelintir orang di Qatar yang nampaknya tidak menyukai keseronokan Brazil yang meraikan gol mereka sebagai satu ‘Carnaval’ dengan menari nari.

Brazil menang 4-1 dalam aksi tersebut.

Pasukan Amerika Selatan itu bukan sahaja mendahului 4-0 pada waktu rehat, mereka benar benar menari di atas padang ketika dengan bola dan juga  ketika meraikannya.

Termasuk dengan Tite sendiri yang menari nari bersama pemain pemainnya ketika meraikan gol Richarlison.

Gol daripada Vinicius Jr, Neymar, Richarlison dan Lucas Paqueta meneruskan lagi kecemerlangan pasukan bimbingan Tite.

Korea Selatan sempat meraih 1 gol sagu hati tanda kenang kenangan sebelum balik ke negara mereka.

Bagi peminat Brazil ianya pesta sebenar, namun sudah tentu kesakitan bagi peminat Korea Selatan — dan juga Roy Keane.

Bercakap di studio ITV pada separuh masa, Keane berkata: “Saya tidak percaya apa yang saya tonton sebenarnya.”

“Cemerlang, cemerlang sekali daripada Brazil, permulaan permainan yang hebat, Korea Selatan berkejaran di mana-mana.”

Keane menyampah tengok tarian pemain Brazil

Namun Keane kemudian membidas pesta keraian Brazil dengan tarian mereka yang menurutnya dia menyampah kerana Brazil sudah melebih lebih dalam keraian mereka.

Apabila ia berlebihan, Keane menganggap keseronokan itu bertukar menjadi perkara biadap dan tidak menghormati lawan mereka.

“Saya tidak pernah melihat begitu banyak tarian seperti hari ini – ia seperti menonton Strictly [pertandingan tarian]!”

“Saya tidak percaya dengan apa yang saya tonton, saya benar-benar tidak boleh menerimanya. Korea Selatan, ya Tuhan, saya tidak percaya apa yang saya tonton.”

“Saya tidak suka ini [keraian setiap gol dengan tarian],” tambahnya.

“[Ada] satu perkara tentang budaya, saya faham itu, tetapi saya fikir ia tidak menghormati pihak lawan anda.”

“Ia adalah empat gol dan mereka melakukannya setiap kali gol itu.”

“Saya tidak kisah dengan langkah tarian kecil yang pertama – apa sahaja yang mereka lakukan – tetapi mereka masih melakukannya selepas itu, dan kemudian pengurus [Tite] terlibat sekali dengannya.”

“Saya tidak menyampah dengannya, saya rasa ia tidak bagus langsung.”

Brazil layak ke suku akhir di mana mereka akan menentang naib juara 2018 Croatia, di mana Luka Modric dan rakan rakannya pastinya akan berharap untuk menamatkan suasana pesta untuk pasukan Neymar.