Lagenda bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura hari ini secara rasmi diumumkan akan melanjutkan kontrak bersama Yokohama FC untuk musim 2021 ini.

Pengumuman yang dibuat pada hari ini 11 Januari 2021 tepat jam 11.11 itu juga adalah simbolik kepada nombor jersi yang dipakai beliau yang lebih dikenali sebagai King Kazu, bersama Yokohama FC.

Dengan pengumuman ini juga, ia bermakna King Kazu akan beraksi secara profesional dalam musim 36 sejak memulakan karier bersama Santos pada tahun 1986.

Bakal menganjak ke usia 54 tahun pada bulan Febuari nanti, masih tidak ada tanda-tanda beliau mahu menggantung kasut bola setakat ini dan beliau dilihat begitu enjoy dan bekerja keras dalam sesi latihan bersama kelabnya.

Mengikut pengalaman kami, beliau memiliki satu ‘kegilaan’ untuk terus beraksi dengan pemain yang jauh lebih muda walaupun ada beberapa pendapat orang Jepun sendiri mengatakan bahawa jenama King Kazu itu sendiri menjadi modal utama kelab mengekalkan beliau dalam pasukan.

Fasih dalam beberapa bahasa luar, beliau akan tetap dipandang sebagai seorang lagenda dalam sejarah bola sepak Jepun dari dalam dan luar negara.

Teruskan membaca 3 artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

“Era Kita Seronok Lihat Pemain Jepun Ke Luar Negara Sudah Tamat. Bukan Sekadar Hantar Pemain Ke Eropah.”

87% Mata AFC MA Ranking Malaysia Disumbangkan Oleh Pasukan JDT Dalam 4 Musim Terkini

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”