Skuad kebangsaan Thailand B-23 tahun telah memgumumkan barisan pemain yang akan dibawa untuk beraksi dalam temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dan salah satu pemain senior pasukan, Kawin Thamsatchanan dipanggil untuk mengisi kuota pemain lebih umur.

Seramai 20 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih, Alexandre Polking dan beberapa nama besar dalam saingan Liga Thailand disenaraikan untuk membawa cabaran pasukan dalam temasya edisi kali ini.

Antara pemain yang membuat kemunculan semula ialah pemain sayap, Ekanit Panya yang sebelum ini menyinar bersama skuad Gajah Perang ketika kendalian jurulatih dari Jepun, Akira Nishino.

Ada juga beberapa pemain kacukan dan pemain yang berpangkalan di luar negara yang dipanggil antaranya Benjamin Davis yang ketika ini beraksi bersama Oxford United.

Jonathan Khemdee yang beraksi bersama kelab Denmark, Odense Boldklub turut disenaraikan selain pemain kacukan lain seperti William Weidersjö yang beraksi bersama Port FC dan Patrick Gustafson yang beraksi bersama Chiangmai FC.

Dua lagi pemain lebih umur turut dipanggil selain Kawin Thamsatchanan iaitu Weerathep Pomphan yang beraksi bersama Muangthong United dan Worachit Kanitsribampen yang beraksi bersama BG Pathum United.

Pada temasya edisi 2019 di Filipina, Thailand yang merupakan juara bertahan gagal untuk melepasi peringkat kumpulan dimana mereka menduduki tangga ketiga dalam kumpulan B dibelakang Vietnam dan Indonesia yang mana dua pasukan ini berentap pada perlawanan penentuan pingat emas.

Vietnam yang dikendalikan oleh Park Hang-seo berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-0 sekaligus memenangi pingat emas sekaligus memenangi pingat emas pertama sebagai negara bersatu dimana sebelumnya Vietnam Selatan pernah memenangi emas pada temasya 1959.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

JDT Muncul Pasukan Paling Banyak Kumpul Mata AFC MA Ranking Dalam Peringkat Kumpulan Seluruh Asia

Jurulatih Ulsan Hyundai Salahkan Penjaga Gol Sebagai Punca Tewas Kepada JDT

Kejayaan JDT Mampu Tingkatkan Mutu Bola Sepak Negara