Penjaga gol pasukan kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan yang baru sahaja tiba dari Belgium 2 hari lalu terus menyertai kem latihan semalam sebagai persiapan akhir bertemu Malaysia, Khamis ini.

Beliau yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pasukan Thailand kepada Siwarak Tedsungnoen yang juga kapten pasukan, menyatakan kepada pihak media Thailand bahawa dia berada dalam keadaan yang cergas serta sedia diturunkan.

75442920_2788431624554859_7972361167198748672_o

Kapten pasukan Thailand selesai mengambil bagasi dan sedia untuk menuju ke hotel penginapan.

Bagaimanapun, Kawin menjangkakan 2 perlawanan bertemu Malaysia dan Vietnam adalah perlawanan yang sukar dan turut meramalkan pertarungan sengit di Kuala Lumpur dan Hanoi.

“Pastinya untuk pergi dan bermain 2 perlawanan di Malaysia dan Vietnam sentiasa sukar. Mereka antara pasukan terbaik di Asia Tenggara.

75552837_2787968174601204_507093710463303680_o

“Kami akan berdepan dengan tekanan dari penyokong-penyokong mereka, tetapi percaya pemain-pemain kami cukup berpengalaman dalam situasi sebegitu.

Dalam pada itu, 2 pemain yang kini beraksi dalam saingan J1 League, Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan menyertai pasukan kebangsaan Thailand sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

74638361_2788431317888223_7506249742616100864_o

Chanathip Songkrasin bersama skuad kebangsaan Thailand tiba di KLIA.

Kedua-dua pemain ini tidak sempat menjalani latihan bersama pasukan di Bangkok, dan hanya akan memulakan latihan di Kuala Lumpur 3 hari sebelum sepak mula.

Penyerang muda skuad Thailand U19, Suphanat Mueanta yang gagal membantu pasukan itu tewas 0-1 kepada Malaysia petang semalam, sudah menyertai kem latihan skuad kebangsaan Thailand semalam sejurus tamat perlawanan.

75392759_2788431657888189_3592965912354881536_o

Elias Doloh, Tristan Do dan Theerathon Bunmathan tiba di KLIA sebentar tadi.

Dalam saingan kumpulan G, Thailand sedang mendahului kedudukan dengan 7 mata namun saingan masih terbuka luas untuk 4 pasukan sekurang-kurangnya merebut tempat secara automatik ke Piala Asia 2023 serta pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022.

Skuad bimbingan Akira Nishino itu berlepas ke Kuala Lumpur pagi tadi dan dijangka tidak akan membuang masa dan terus memulakan latihan pertama di Malaysia pada sebelah malam nanti.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thailand Umumkan Skuad 24 Pemain Terkuat Untuk Pertemuan Dengan Malaysia Dan Vietnam

Berdepan Risiko Gagal Layak Ke AFC U19 2020, Thailand Panggil Semula Suphanat Mueanta Bertemu Malaysia

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group