Penjaga gol skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan mula menjadi pilihan utama bagi menjaga pintu gol kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo.

Kawin menyertai Consadole secara pinjaman dari kelab Belgium, OH Leuven pada awal tahun ini dan beliau pada mulanya hanya menjadi pilihan kedua dibelakang Takanori Sugeno.

Akan tetapi, prestasi kurang memberangsangkan Sugeno sejak saingan J. League disambung pada Julai lalu dimana beliau banyak melakukan kesilapa yang menyebabkan Consadole kehilangan mata menyebabkan penjaga gol berusia 36 tahun itu digugurkan dan digantikan oleh Kawin.

Pada perlawanan J. League Cup semalam yang menyaksikan Consadole seri 1-1 dengan Yokohama FC, Kawin diturunkan dalam kesebelasan utama. Meskipun mencatat keputusan seri, namun skuad bimbingan Mihailo Petrović ini mara ke peringkat seterusnya hasil kemenangan 3-2 secara agregat.

Jika Kawin Thamsatchanan meneruskan prestasi semasa beliau, tidak mustahil bekas ketua pasukan skuad Gajah Perang ini terus diberi kepercayaan untuk menjadi penjaga gol nombor satu pasukan.

Rakan sepasukan Kawin, Chanathip Songkrasin terlebih dahulu menjadi bintang di Consadole dimana Messi Jay menyertai kelab itu pada 2017.

Baca artikel lain mengenai Consadole Sapporo di sini:

Pemain Consadole Sapporo Puji Atmosfera Stadium Nasional Bukit Jalil

Consadole Sapporo Sedia Jual Chanathip Songkrasin Bagi Ringankan Beban Kewangan

Chanathip Songkrasin Jadi Pemain Termahal Dalam Skuad Consadole Sapporo