Kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo kini dilaporkan giat memburu penjaga gol kebangsaan Thailand yang kini beraksi di eropah, Kawin Thamsatchanan untuk mengisi posisi tersebut yang agak kritikal untuk mereka.

Berdasarkan maklumat dari Teerayut Bannongsa, Hokkaido Consadole Sapporo telah mula ‘merisik’ Kawin Thamsatchanan dari kelab Belgium, OH Leuven untuk membawa penjaga gol yang berbadan sasa itu ke Sapporo seberapa segera yang boleh.

Ini adalah kerana penjaga gol ke-3 mereka, Shunta Awaka mengalami kecederaan serius dan terpaksa berehat panjang selain penjaga gol ke-2 Gu Sung-Yun perlu pulang ke Korea Selatan untuk menyertai latihan khidmat negara (national service) mulai musim hadapan.

kawin-thamsatchanan-first-match-with-oh-leuven

Mereka melihat keperluan untuk mempunyai seorang penjaga gol baru secepat mungkin bagi membolehkan proses penyesuaian dan persefahaman bersama rakan sepasukan lebih baik.

Selain itu, dengan adanya Chanathip Songkrasin yang sudah beberapa musim beraksi di kelab itu mungkin akan menjadikan Kawin Thamsatchanan lebih selesa walaupun mungkin beliau tiada masalah untuk berada bersama rakan-rakan baru selepas lama berada di Belgium.

Bekas penjaga gol utama pasukan kebangsaan Thailand ini menyertai pasukan OH Leuven secara rasmi pada 10 Januari 2018 dengan kontrak selama 5 tahun.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020

Doktor Consadole Sapporo Dedahkan Kecederaan Chanathip Songkrasin Berpunca Dari Kurang Berehat

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group